12 January 2011

today - wednesday 12.01.2011

elo...beb....ada masa nie sajer jer nak bercerita. cerita pasal banyak hal.......tapi hal tu bukannya besar sangat pun. hanya sekadar nak story jer......

anak-anakku
cerita pasal anak....sekarang nie adik dah wat perangai. adoiiiii....rasa mcm x bleh nak kawal. dah berakal, dah ada kaki.....asyik nak keluar jer.......pas tu g umah jiran sebelah. adoiiiiiiiii...sabor jer ler. petang x nak tido. kalau malam tidur dalam pkl 10.00mlm, pkl 11 mlm dia bangun balik.....siut jer kan. so terpaksa ler aku melayan dia. tapi kalau aku melayan dia....memang kena aaaaa. dengan mata aku mengantuk...aku marah ler dia.....sian plk aku tengok dia. sekarang nie mengada2 sangat.....adoiiiiiiiiii...plz aaaaaaa syg.......jangan ler wat mama mcm tu.

family
khas untuk husband tercinta. pa tahu kan ma sayang sangat kat pa. ma harap, pa jangan ler buat benda2 yang ma x suka. benda2 yang lepas jangan ler wat lagi. i don't like sayang........ma terlalu sayang sangat utk pa. kalau boleh pa hanya utk ma, and ma hanya utk pa......love u so much.

myself
khas untuk diri sendiri......
  • aku berjanji akan jaga family aku dengan sebaik-baiknya.
  • aku berjanji akan buang perangai lama aku
  • aku berjanji akan ikut segala perintah husband......
  • aku berjanji x kan buat perangai yang bukan2
  • and............semua aaaaaa.......yang sewaktu dengannya...
  • aminnnnn
"ya allah ya tuhanku....kau panjangkanlah jodoh antara aku dengan suami ku. janganlah ada orang ketiga dalam keluargaku......aminnnnn"

11 January 2011

10 Antara Perkara Yang Suami Tidak Suka!!!!

Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat yang baik. Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi, perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing.

Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t. Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan dahulu..

Suami isteri perlu bertolong bantu…

Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada ketika waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.

Bagi sudut isteri yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah tanggungjawab isteri.

Berikut antara perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’. ’pandailah abang pilih kain ni’.
6. Berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatah lagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
8. Menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
9. Memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
10. Tidak rajin memasak. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.

Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan..
Bantulah suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keperihatianan seorang isteri akan meyakinkan para suami bahawa walauapa keadaan sekalipun isteri tetap berdiri teguh dibelakang suaminya

petua kuruskan badan

sekarang nie bz cari kat internet petua or cara-cara kuruskan badan.....
adoiiiii......kalau dapat yang ok, senang,  cepat ...kan best.....
layan jer aaaaa..........
korang semua ada x petua or cara-cara ?
bleh kita kongsiiiiiiiiiiii 
byeeeeeeeeee 

PERCUTIAN AKHIR UTK 2010

TELUK DALAM RESORT - PULAU PANGKOR
30 DIS 2010 - 01 JAN 2011

akhirnya penantian yang kita orang tunggu tiba.....syok giler.......
bleh tenangkan fikiran.
kita orang NEW YEAR kat PANGKOR
best............
thanks to my HUBBY......love u so much......











gambar banyak lagi........tapi cukup aaaa untuk tatapan korang semua.........

bye 2010......WELCOME 2011

BYE....BYE......2010..........
( WELCOME 2011 )

EMM.......
2010 dah habis. So sekarang nie dah 11 hari masuk 2011.
Apa agaknya azam aku tahun nie kan. Azam tahun lepas pun tak tercapai.....
Aper- aper entah kan.

impian sedekad akan datang (2011-2020) :
1. bahagia bersama orang tersayang
2. dapat kumpul duit - nak beli umah lagi......wat aset....lalalalalal
3. naik pangkat.....kalau ada rezeki
4. tukar kereta - apa aganya kereta akan datang ek....
5. nak jaga penampilan diri - (badan, luaran, dalaman) - hanya untuk orang tersayang
6. nak tambah anak lagi - emm.....NO......harap2 aaaaa.....

Harap-harap tercapai aaaaaaa impian-impian aku tu.......AMINNNNNN